https://www.youtube.com/watch?v=2taOXtJTCXM
Monday, 29 June 2015
Wednesday, 24 June 2015
ESSEI INDIVIDU- KEBURUKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI KALANGAN MURID SEKOLAH.
Keburukan
Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Pada masa kini telefon bimbit menjadi satu daripada alat
komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan
ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk
masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon
bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap pengguna, khususnya pelajar
sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan
mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon bimbit untuk
kegunaan anak-anak.Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.
Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.
Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak di dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun.
Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar sekolah yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar mereka. Ini tentulah dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong sahaja.
Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah ibu bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah baiknya jika wang menukar beli telefon tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.
10 gambar teknologi dan inovasi
- Silicone Toe
silicone toe adalah inovasi yang di gunakan untuk pesakit yang mengalami masalah'Bunion'.Bunion adalah masalah pada tulang dan tisu lembut kaki yang boleh menyebabkab rasa sakit yang berterusan dan keradangan.Dengan penggunaan silicone toe, ia akan memberikan tekanan yang lembut dan berpanjangan di kawasan Bunion tersebut.Dengan ini sakit dapat dikurangkan.Selain daripada itu, pemakaian silicon toe dapat mengurangkan geseran dan kerengsaan. Tekanan yang dihasilkan membantu memberi kelegaan kepada pesakit. Harga untuk silicone toe ialah RM 30.
2. Leveranged freedom chair
Untuk berjuta-juta orang kurang upaya, kerusi roda adalah merupakan kenderaan terpenting untuk membantu pergerakan mereka.Namiun kerusi roda yang sedia ada tidak mampu untuk mencapai setiap pergerakan.Leveranged Freedom Chair (LFC) satu ciptaan baru yang dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Reka bentuk kerusi roda ini membolehkan ia bergerak di atas pelbagai permukaan.Keupayaan LFC dalam mendatangkan kepuasan kepada pengguna sememangnya tidak dapat di nafikan.Malahan inovasi ini telah terpilih menjadi salah satu peserta peringkat akhir Fast Company Inovation by Design Award pada tahun 2012.
3. Vital connect health patch
Seorang pengarah eksekutif, Daniel Kraft, ketika sedang membuat perbentangan mengenai teknologi dalam kesihatan dalam satu seminar dengan tiba-tiba menekan satu butang pada laptop, kemudian elektrokardiogram,tekanan darah, denyut jantung,dan suhu badannya terus terpapar di skrin layar.Para penonton terpana seketika. Rupa-rupanya beliau sedang memakai Vital Connect Healthpatch Biosensor yang mampu untuk mengumpul data seperti di atas dan mampu mengesan keseimbangan badan anda,dan boleh menjadi tanda alert untuk anda sekiranya anda mempunyai potensi untuk jatuh.
4. Aspivenin
Di Malaysia, masyarakatnya sangat sinonim dengan aktiviti-aktiviti fizikal luar rumah seperti berkhemah, jungle trekking, BBQ dan sebagainya yang sememangnya mendedahkan dengan seranggan serangga dan binatang berbisa. Kesan gigitan akan membawa kepada masalah kecil seperti gatal-gatal sehingga boleh membawa maut. Ketika di hutan sebagai contoh, sekiranya seseorang terkena sengatan kala jengking, rawatan segera amatlah di perlukan. Oleh yang demikian, Aspeveninadalh inovasi terbaru yang boleh digunakan untuk membantu mengeluarkan bisa dan melegakan kesakitan. Dengan harga RM&&, Aspevenin mampu menghilangkan kesan-kesan gejala selepas gigitan serangga dan binatang berbisa seperti kesakitan, kegatalan, dan kerengsaan. Cara menggunakan Aspevenin adalah dengan meletak muncung (nozzle) alat tersebut pada kawasan yang terkena gigitan, kemudian tarik sahaja omboh (plunger) ke atas. Prinsip tekanan yang digunakan akan menyebabkan bisa serangga berkenaan akan ditarik keluar dari tisu kulit. Aspevenin adalah sesuatu yang mudah di bawa,mudah disimpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Provent ialah satu alat bantu tidur untuk pesakit yang mempunyai penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA).OSA adalah satu keadaan dimana nafas pesakit berhenti ketika tidur. Sebelum munculnya teknologi Provent ini, alat yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk bantu mereka bernafas ketika tidur ialah mesin Continious positive airway pressure therapy (CPAP) .Walaupun Provent mempunyai peranan yang sama dengan CPAP tetapi Provent adalah lebih mesra pengguna dan ianya lebih murah berbanding mesin CPAP, Tidak dinafikan CPAP masih lagi alat bantu yang terbaik untuk pesakit OSA,namun Provent sangat berguna
terutama untuk pesakit yang suka melancong. Aplikasi Provent akan menggunakan sistem satu hala pernafasan sentiasa terbuka ketika tidur.Provent sesuai untuk pesakit yang mengalami OSA yang ringan, sederhana dan teruk. Harga sepasang Provent yang boleh digunakan untuk semalaman adalah sebanyak RM10.

7.'Sootheaway' melegakan migrain
' Soottheway' merupakan satu alat yang digunakan bagi merawat pesakit-pesakit yang mempunyai sakit kepalaatau migrain tanpa mengunakan sebarang ubatan. Selain daripada itu ia juga turut memberikan rawatanterapi sejuk atau panas.Alat ini diletakkan di tempat yang ingin dirawat. Contoh untuk pesakit yang mengalami sakit kepala letakkan 'sootheaway' ini didibahagian sekeliling kepala (bahagian dahi).Ia akan melegakan sakit kepala dan migrain.
8.Mesin tekanan darah tanpa wayar
Produk terbaru dari Withings iaitu mesin tekanan darah tanpa wajar kini berada di pasaran. Penyakit tekanan darah tinggi di kaitkan dengan penyakit'silent killer' kerana penyakit ini tidak menunjukkan tanda gejala pada permulaannya sehingga keadaan menjadi terlalu lambat. Oleh yang demikian pemeriksaan tekanan darah secara berkala mampu mengesan penyakit ini pada peringkat awal bagi mengelakkan komplikasi.Monitoe tanpa wayar ini terdiri dari cuff (pembalut tangan dan ia memerlukan satu smartphone.Cara menggunakan monitor tekanan darah ini adalah anda cuma perlu memasang cufftangan tersebut dan aktifkan cuff kemudian ia akan terusdisambungkan kepada aplikasi yang terdapat di dalam smartphone anda.Hanya hanya perlu menekan butang 'start'. Cuff akan membaca tekanan darah serta denyutan jantung.Kelebihan mesin tekanan darah Withings ini ia dapat menyimpan data-data yang diperolehi terus ke dalam smartphone dan ia akan dianalisis untuk mendapatkan trend tekanan darah anda.Terdapat reminder yang akan memberikan isyarat supaya memeriksa tekanan darah anda secara berkala.
9. Kanta Lekap Nanocomposite
Pesakit diabetis kini boleh mendapatkan kanta legkap yang dapat membantu mengingatkan pesakit terhadap paras gula dalam darah berdasarkan pertukaran warna kanta lekap. Penciptaan kanta lekap ini bukan sahaja mudah malah dapat menggantikan rutin pengambilan darahuntuk mengetahui paras kandungan gula dalam darah. Zarah nano yang ada akan bertindak sebagai molekul glukos pada air mata yang akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimiaseterusnya berlakunya perubahan warna pada kanta lekap.Pesakit cuma perlu melihat di cermin untuk mengetahui warna kanta yang dipakai.
10. Razorpit
Ia adalah alat inovatif yang membolehkan anda menggunakan pisau cukur anda lebih seratus kali. Dengan mengasah pisau cukur tersebut hanya dalam beberapa saat anda dapat menggunakan pisau cukur tersebut seakan-akan pisau cukur yang baru. Peranti kecil memerlukan hanya sedikit gel dan anda hanya boleh menolak pisau cukur ke permukaan kira-kira 5 kali untuk membuang kulit mati dan rambut dari bilah tersebut. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis pisau cukur terutamanya product Gillette. Di datangkan dalam warna hitam untuk lelaki dan merah jambu untuk wanita dengan harga RM74 sahaja.
Tuesday, 23 June 2015
BIODATA
NAMA : ZALIHA BINTI MAHADI
NO MATRIK : A143729
PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (SEPARUH MASA)
SEMESTER 2
SESSI 2014/2015
KURSUS : GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH : MEJAR JASMY
Monday, 22 June 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)





















